Pada 31 Ogos 1958, buat julung kalinya para pelajar dan Pengetua Dewan Latehan RIDA iaitu Tuan Syed Alwi Bin Syed Sheikh Al-Hadi telah menyambut hari ulang tahun Kemerdekaan Pertama Malaya di Dewan Latehan RIDA.
Pengambilan pelajar bagi Sesi 1958/59 ialah seramai 13 orang. Manakala jumlah pelajar bagi Sesi 1958/59 ialah seramai 33 orang, 58 orang pelajar pada tahun 1959 dan 72 orang pelajar pada 1960.
Pada Disember 1959, RIDA telah dipindahkan dari Kementerian Perdagangan dan Industri kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar di bawah YAB Tun Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri.