
Universiti Teknologi MARA (UiTM) melakar satu lagi sejarah penting apabila merasmikan pelancaran Perpustakaan Digital UiTM sebagai sebahagian daripada usaha transformasi digital institusi ke arah perkhidmatan berasaskan teknologi tinggi dan akses ilmu tanpa sempadan.
Majlis perasmian berlangsung di Dewan Anjung Sri Budiman (Annex), UiTM Shah Alam telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Dato' Seri Utama Arshad Ayub, Pro Canselor UiTM serta tokoh pendidikan negara dan figura penting dalam sejarah penubuhan UiTM.
Terdahulu, majlis ini dimulai dengan ucapan aluan oleh Yang Berbahagia Profesor Madya Dr. Mohd Fozi Ali, Timbalan Naib Canselor (Pembangunan), UiTM.
Pelancaran ini menandakan komitmen Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) untuk memacu perubahan selaras dengan perkembangan Revolusi Industri Keempat (IR 4.0), yang menekankan penggunaan teknologi maklumat (ICT), Internet pelbagai benda (IoT), pengkomputeran awan dan automasi dalam perkhidmatan.
Perpustakaan kini bukan lagi hanya pusat rujukan fizikal, tetapi menjadi hab digital yang responsif kepada keperluan pengguna masa kini. Antara objektif pelancaran ini adalah:
-
Memperkenalkan inisiatif digital dalam penyampaian perkhidmatan perpustakaan.
-
Mengoptimumkan penggunaan ICT dan teknologi pintar dalam pengurusan maklumat.
-
Menyediakan platform akses terbuka kepada sumber ilmu secara dalam talian.
-
Menyokong agenda kerajaan dalam transformasi digital sektor perkhidmatan awam.
Antara Inovasi Perpustakaan Digital UiTM yang diperkenalkan:
-
EQPS – Electronic Question Paper System
-
UiTM IR – Institutional Repositories
-
Repositori Khazanah Melayu
-
Perpustakaan MOOC dan e-Resources
-
Aplikasi Mudah Alih Perpustakaan (Mobile Apps)
-
Sistem Pembayaran Tanpa Tunai
-
MyKM – Portal Pengurusan Pengetahuan
-
LibChat – Chat Bersama Pustakawan
-
Digital Signage dan QR Code Services
-
Customer Feedback System (CFS)
Menurut Encik Noor Hidayat Adnan,Ketua Pustakawan UiTM, transformasi ini bukan sahaja meningkatkan kecekapan operasi dan kualiti perkhidmatan, malah menjadikan perpustakaan sebagai “one-stop centre” untuk ilmu digital dalam kalangan warga kampus dan komuniti luar.
Majlis ini turut dihadiri oleh pengurusan tertinggi universiti, wakil industri, ahli akademik dan pelajar, sekaligus mencerminkan sokongan padu terhadap hala tuju digitalisasi UiTM.