Karnival Perpustakaan 2024
Karnival Perpustakaan UiTM Cawangan Terengganu adalah acara tahunan yang dianjurkan oleh Perpustakaan Cendekiawan UiTM Cawangan Terengganu. Karnival ini bertujuan untuk mempromosikan penggunaan perpustakaan dan sumber maklumat di kalangan pelajar, pensyarah, serta masyarakat umum.
Aktiviti-aktiviti yang diadakan termasuk pameran buku, pertandingan literasi maklumat, bengkel penulisan, ceramah motivasi, serta jualan buku. Selain itu, karnival ini juga menjadi platform untuk menggalakkan budaya membaca dan meningkatkan kesedaran tentang perkhidmatan serta kemudahan yang ditawarkan oleh perpustakaan universiti.
Aturcara Karnival
Masa | Perkara | Lokasi |
---|---|---|
9.00 pagi- 3.00 petang |
|
Bangunan Annex, Perpustakaan Cendekiawan |
Gerai jualan Makanan | Perkarangan Tempat Letak Kereta Dewan Jasmin | |
9.00 pagi - selesai | Pertandingan Mewarna Peringkat Prasekolah Sekitar Daerah Dungun | Sudut AZKA@Library,Community Engagement |
9.00 pagi - selesai | Pertandingan Membaca Nyaring Peringkat Prasekolah Sekitar Daerah Dungun | Laman Korporat UiTM Cawangan Terengganu |
10.00 pagi |
Pertandingan Berbalas Pantun Peringkat UiTM Cawangan Terengganu (Berkumpulan)
|
Sudut AZKA@Library Community Engagement |
11.00 pagi – 2.00 petang | Jualan Rahmah MADANI | Tempat letak kereta Pusat Kegiatan Pelajar Non-Residen |
2.30 petang – 4.30 petang | Forum Ilmu Cakna Bahasa oleh Dewan Bahasa dan Pustaka | Sudut AZKA@Library Community Engagement |
*Aturcara adalah tertakluk pada pindaan semasa.
Program / Aktiviti
Sepanjang Karnival Perpustakaan Cendekiawan, UiTM Cawangan Terengganu