JENGKA – Jawatankuasa Perwakilan Kolej Kompleks Tok Gajah sesi 2018/2019 dengan kerjasama Perpustakaan Al-Bukhari Univeristi Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Pahang Kampus Jengka telah menganjurkan sebuah program yang bertajuk Care To Share: With Knowledge We Lead pada baru-baru ini.

Program ini telah menyokong kempen gerakan membaca yang bertemakan Read@UNI, With Knowledge We Lead yang merupakan saranan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi kempen meningkatkan galakan membaca di semua Institusi Pendidikan Tinggi Awam dan Swasta bermula pada 1 Oktober 2018. Gambar para urusetia, staf Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka bersama warga Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih.

Program yang diadakan selama satu hari ini telah melibatkan penyertaan seramai 39 orang pelajar daripada Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) Chow Kit, 3 orang tenaga pengajar dari sekolah tersebut dan seramai 46 orang pihak urus setia yang diwakili oleh Jawatankuasa Perwakilan Kolej Kompleks Tok Gajah, Kolej Mat Kilau 1 dan Kolej Mat Kilau 2, termasuklah staf dari Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Pahang, Kampus Jengka.

Program ini juga telah melibatkan hubungan jaringan industri bersama pihak luar iaitu jurulatih profesional daripada Syarikat UNO Fikrah Consultant bagi slot Pasakan Minda dan beberapa sesi modul bagi Latihan Dalam Kumpulan sepanjang program ini berlangsung.

Program ini diketuai oleh Pengarah Program, Nur Farah Natasha Jeffrey Chung dan penasihatnya yang memegang jawatan sebagai, Pustakawan Tingkatan Kanan, Nurfarawahidah Badruesham.

“Antara objektif utama program ini adalah memupuk semangat membaca dalam kalangan masyarakat muda serta memantapkan lagi ilmu pengetahuan yang sedia ada, selain untuk menarik minat pelajar berkunjung ke Pusat Sumber Sekolah yang telah diberi sentuhan baharu.

“Program ini juga secara tidak langsung dapat membina jalinan industri dengan alumni UiTM yang telah bekerja sebagai jurulatih profesional di Syarikat UNO Fikrah Consultant,” katanya.

Pihak Jawatankuasa Perwakilan Kolej berbesar hati untuk bekerjasama dengan pihak Perpustakaan Al-Bukhari (PAB) yang telah memulakan kempen Read@Uni pada 2019 ini dengan membawa pelajar dan staf ke Pesta Buku Antarabangsa 2019 yang telah diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) ini.Para fasilitator memperkenalkan diri kepada warga Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih, Chowkit Kuala Lumpur.

Selain itu, semangat kesukarelawan juga dapat dibentuk dalam diri para peserta program disamping menimba sebuah pengalaman yang baharu.

Pada masa yang sama, ia juga dapat melahirkan mahasiswa yang holistik dengan memberi pendedahan dan kesedaran untuk membantu dan membuat kebajikan kepada masyarakat di negara ini.

Antara program yang diadakan adalah sesi bersama pelajar dan sesi di perpustakaan sekolah.

Pengisian yang berimpak tinggi diterapkan kepada pelajar ketika sesi latihan dalam kumpulan (LDK) dan explorace yang berkonsepkan ilmu pengetahuan seperti mengeja, mengira dan membaca, manakala sesi di perpustakaan sekolah melibatkan penambahbaikan seperti mengecat dan menyusun atur semula semua buku yang sedia ada.

Sumber :
https://kampusuols.com/article/428902/Uni-Kita/AKTIVITI-KAMPUS/UiTM-Kampus-Jengka-anjur-program-Care-to-Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *