Challenge Skills Community and Let’s Read

Program : Challenge Skills Community and Let’s Read
Tarikh : 5 Mei 2019
Tempat : Bandar Hilir, Melaka

OBJEKTIF :-
Persatuan Pasukan Pegawai Latihan Simpanan (Palapes) UiTMCM Kampus Jasin dengan kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin telah mengadakan program “Challenge Skills Community and Let’s Read” bertempat di Tapak Lama Kincir Angin, Bandar Hilir. Program outreach ini telah mendapat kerjasama daripada Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Bahagian Promosi Pelancongan Negeri Melaka dan Perpustakaan Awam Negeri Melaka. Pelbagai aktiviti yang dijalankan seperti Fear Factor Game, Basic Survival Skill Technique, Jom Baca, dan Jom Waqaf Buku, permainan rakyat seperti congkak, teng teng dan cahptay. Penolong Rektor UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin, Prof Madya Dr Mohd Rasdi Zaini turut meluangkan masa dan mencuba beberapa aktiviti yang dianjurkan. Program outreach ini juga mendapat sambutan yang sangat baik daripada pelancong pelbagai negara antaranya, China, Bangladesh, Indonesia, Australia, Sweden, United Kingdom dan pelbagai lagi negara lain.

Jumlah Penyertaan : 100 orang

Read More https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=2329290417356341&id=100008262157538

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *