BENGKEL TIPS DAN STRATEGI APLIKASI KECERDASAN BUATAN DALAM PENULISAN ARTIKEL SURATKHABAR 2023

Tarikh         : 22 September 2023 (Jumaat)

Tempat       : Mini Auditorium, Aras 7, UiTM Melaka Kampus Bandaraya Melaka

Masa           : 8.30 pagi hingga 5.00 petang

Bengkel ini adalah satu inisiatif dalam membantu pensyarah dan penyelidik menggunakan aplikasi kecerdasan buatan (A.I) dalam penulisan dan penerbitan artikel surat khabar.

Program ini merupakan program yang menumpukan usaha kepada meningkatkan penerbitan ilmiah pensyarah dengan penggunaan aplikasi kecerdasan buatan yang terkini. Di samping itu, program ini juga berperanan membantu pensyarah mengasah kemahiran menulis artikel di suratkhabar atau penerbitan lain yang merupakan satu KPI pensyarah serta mencapai objektif menghasilkan penulisan ilmiah yang bermutu tinggi di dalam mencemerlangkan universiti. Program ini memberi pendedahan kepada para peserta dengan :

  1. Memberikan panduan dan tips kepada peserta untuk menulis rencana di suratkhabar atau penerbitan lain dengan berkesan menggunakan aplikasi kecergasan buatan serta dapat mencapai KPI tahunan pensyarah.
  2. Meningkatkan bilangan penerbitan rencana di suratkhabar atau penerbitan lain.

Penceramah yang diundang untuk memberikan ceramah ialah Puan Siti Hajar Binti Abd Aziz , Pensyarah Kanan, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM), UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah. Seramai 1154 orang peserta yang telah menyertai program ini yang dijalankan secara maya melalui platform Cisco WEBEX

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *