MACHANG, 22 November – Perpustakaan Tengku Anis (PTA) UiTM Cawangan Kelantan (UiTMCK) Kampus Machang telah mengadakan Program Resensi Buku: 1 Staf 1 Buku bertempat di ruang StarCor PTA pada jam 10:30 pagi sehingga 12:30 tengah hari.

Objektif utama program ini diadakan adalah untuk mempergiatkan aktiviti galakan membaca terutamanya dalam kalangan staf PTA serta menjadikan membaca sebagai budaya sekaligus menyokong aspirasi Read@UiTM iaitu pemerkasaan program galakan membaca di Institut Pengajian Tinggi khususnya di UiTM.

Seramai 6 orang staf PTA telah membuat ulasan buku mereka yang dipinjam daripada koleksi PTA dan diikuti dengan sesi soal jawab. Program diakhiri dengan ucapan penutup daripada Puan Alina Hussein, Timbalan Ketua Pustakawan PTA yang menyatakan beliau berbangga dengan semua staf yang telah membuat ulasan serta memuji mereka yang berani untuk sahut cabaran ini. Diharapkan melalui program sebegini dapat meningkatkan lagi keyakinan dan kemahiran komunikasi bagi semua staf PTA.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *