31 Januari 2024, Rabu – Program Perkongsian Ilmu yang berkonsepkan Speaker Corner ini dianjurkan oleh PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah bagi membantu Pelajar Latihan Industri dalam meningkatkan keyakinan diri.

Pelajar Latihan Industri yang terdiri daripada Saudari Aisyah Nadhirah Anuar dari UiTM Puncak Perdana, Saudari Yusra Madihah Shamsudin, Saudara Muhammad Faiz Arief Jamaluddin, Saudari Yasmin Hanani Abd Rashid dan Saudari Marahaini Zainal, dari UiTM Rembau. Pelajar Latihan Industri ini merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Maklumat (Kepujian), Pengurusan Perpustakaan, Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Matematik.

Timbalan Ketua Pustakawan Kanan, Encik Norhazlan Nordin berkata, program ini diadakan adalah sebagai landasan untuk melatih Pelajar Latihan Industri membuat pengucapan awam dengan menyampaikan topik semasa atau yang bersesuaian.

Program ini juga dapat melatih di kalangan Pelajar Latihan Industri membina keyakinan diri melalui pengucapan awam dan berkongsi idea serta pengalaman berkenaan topik yang disampaikan secara santai.

Antara objektif utama program ini diadakan adalah :

  1. Melahirkan pelajar yang mempunyai keterampilan diri, kreatif, kritis dan berinovatif
  2.  Membina keyakinan diri melalui pengucapan awam dan berkongsi idea serta pengalaman
  3. Melatih pelajar dalam komunikasi berkesan
  4. Membangunkan potensi diri serta membangun kemenjadian karakter pelajar yang berkualit

Program itu akan menjadi medan perkongsian ilmu pengetahuan, sekali gus meningkatkan keyakinan diri dalam kalangan Pelajar Latihan Industri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *