30 Januari 2024 – Pihak Perpustakaan Sultan Badlishah, UiTM Cawangan Kedah telah melaksanakan Program Read@UiTM: Resensi Dari Seberang yang melibatkan semua warga kerja perpustakaan. Pelaksanaan program ini adalah satu usaha dalam mengalakkan budaya membaca di kalangan warga perpustakaan dan memberi peluang kepada warga perpustakaan bagi berkongsi hasil pembacaan mereka. Sesi yang dijalankan pada kali ini telah disampaikan oleh para pelajar latihan industri dari program D3 Perpustakaan, Fakultas Vokasi, Universitas Airlangga (UNAIR), Surabaya, Indonesia. Program ini telah berlangsung selama 2 jam dan para pelajar tersebut telah berjaya berkongsi dengan peserta program sebanyak 5 tajuk bahan bacaan dari perpustakaan.
Related Posts
Speed Reading Workshop@PSB #5
22 Jun 2023 – Pihak Perpustakaan Sultan Badlishah, UiTM Cawangan kedah telah melaksanakan Program Speed Reading Workshop yang dibuka kepada…
Jom Baca Read@UiTM: 1 Staf 1 Buku
27 September 2023 – Pihak Perpustakaan Sultan Badlishah, UiTM Cawangan Kedah telah melancarkan kempen Jom Baca Read@UiTM: 1 Staf 1…
Speed Reading Workshop@PSB #4
21 Jun 2023 – Pihak Perpustakaan Sultan Badlishah, UiTM Cawangan kedah telah melaksanakan Program Speed Reading Workshop yang dibuka kepada…