Ayuh datang beramai-ramai bagi memeriahkan program CSR ini. Anda berpeluang mendapatkan 5 anak pokok nanas berserta dengan satu kit penjagaan secara percuma!Jangan lupa mendaftar yaa!

Follow & Like Us:PTAR UiTM Cawangan Melaka

https://linktr.ee/ptaruitmmelaka

Seminar The Art Of Collaboration: Hoteliers, Tourism, Education, Business And Community Involvement (Hotec) telah dijalankan pada 6 Januari 2024 bertempat di PTAR Aras 12 dengan kerjasama Fakulti Penggurusan Hotel Dan Pelancongan dan PTAR Kampus Bandaraya Melaka. Program bermula dengan pemberian 10 lot penanaman mini pot nanas MD2 kepada komuniti luar. Seterusnya sesi ceramah yang disampaikan oleh Puan Fakhuzaimi binti Othman, Pengurus Sumber Manusia & Latihan Casa De Rio dan Wan Imran Rashnomon bin Wan Mohd Isa. Pameran mengenai nenas juga telah di pamerkan untuk pengunjung. Jumlah peserta program ialah 166 dan program berlangsung dari jam 8.00 pagi sehingga jam 11. 30 pagi.

Objektif program:-

1 Menyokong hasrat mempromosikan tahun melawat Melaka 2024 melalui program berskala kecil yang berkonsep Agro-Tourism Projek Pilot Penanaman Nanas MD2
(Kampung Morten), selain dapat memperindahkan landskap di sekitar kampung dan UiTM Kampus Bandaraya Melaka.

2 Penganjuran program merupakan inisiatif mahasiswa UiTM menjalinkan kerjasama dengan pihak industri perhotelan dan pelancongan, rakan universiti MoU UiTM, NGO, agensi kerajaan dan penduduk setempat.

3 Penganjuran Program sebagai memenuhi keperluan kerja kursus melalui peruntukan 30% markah penilaian kerja kursus.

4 Penganjuran program memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan teori berkaitan dengan Profesional Etiquette seperti kebolehan komunikasi, rundingan, kepimpinan, kemahiran mendengar arahan dan sebagainya.

5 Mengeratkan silaturahim antara pelajar universiti UiTM, STAI Natuna kepulauan Riau Indonesia (rakan MoU), kampung Morten, agensi kerajaan (Jabatan Pertanian), NGO (Persatuan Wanita Ikhlas Taiping) melalui aktiviti Tanggungjawab Sosial (CSR) dan pembangunan mampan.

6 Memberi peluang kepada penduduk setempat untuk mengenal pasti peluang pembangunan produk baru dan potensi sumber alam sebagai sumber produk pelancongan baru segmen homestay dan Agro-Tourism yang boleh diusahakan sebagai janaan pendapatan.

7 Memberi pendedahan kepada masyarakat dan warga kampus melalui pameran mini nanas MD2 dan juga menyokong inistiatif kelestarian hijau (Go Green).

Keseluruhan program telah berjalan dengan jayanya dengan penglibatan seramai 20 penanam nenas yang terdiri daripada masyarakat luar dan para pelajar Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *