Perpustakaan Tengku Anis (PTA) UiTM Cawangan Kelantan UiTMCK Kampus Machang telah mengadakan Modul Information Literacy Programme (ILP) bagi pelajar semester satu kemasukan Oktober 2023 – Februari 2024 pada 17 dan 18 Oktober 2023. Taklimat ini telah dijalankan secara dalam talian melalui platform Cisco Webex kerana semua kuliah di UiTM Kampus Machang telah dijalankan secara dalam talian (ODL) mulai 15 hingga 19 Oktober 2023. Taklimat ini telah dilakukan selama dua hari dan dibahagikan kepada dua sesi iaitu sesi pagi dan petang.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk membolehkan para pelajar baru memahami dan menguasai pencarian bahan melalui OPAC secara berkesan, kemudahan yang ditawarkan melalui Mobile Apps PTAR, pencarian bahan melalui Pangkalan Data Atas Talian (PDAT), e-Book serta kemudahan lain yang ditawarkan melalui platform perpustakaan digital.

Taklimat bagi modul ILP ini telah disampaikan oleh Puan Nordelina Zulkarnain (Pustakawan Kanan) dan Puan Nor Azrina Hasbullah (Pembantu Pustakawan Kanan) daripada Bahagian Perkhidmatan Pelanggan.

Sesi taklimat bagi perpustakaan digital pula telah disampaikan oleh Puan Norfitriah Mat Seman (Pustakawan Kanan) dan Cik Sazlina Saleh (Pembantu Pustakawan) daripada Bahagian Perpustakaan Digital.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *