3 Oktober 2023, Selasa– Program CSR Vitamin Ilmu Bersama PTA: SMK Pangkal Meleret Siri 2 adalah merupakan kesinambungan bagi program CSR Vitamin Ilmu Bersama PTA yang telah diadakan pada 8 Mei 2023 lalu bertempat di SMK Pangkal Meleret. Bagi program CSR Vitamin Ilmu Bersama PTA Siri 2 kali ini telah diadakan bertempat di PTA UiTMCK Kampus Machang. Program ini melibatkan seramai 77 orang pelajar yang terdiri daripada pengawas pusat sumber sekolah dan pengawas sekolah. Turut hadir bersama guru pengiring seramai 10 orang.

Program ini merupakan satu inisiatif PTA dalam pembudayaan ilmu dan perkongsian pengetahuan atau wakaf ilmu yang melibatkan komuniti setempat untuk menyemarakkan semangat belajar sehingga ke menara gading serta mendedahkan pelajar kepada suasana pembelajaran di IPTA khususnya dalam pencarian maklumat.

Antara pengisian bagi program kali ini adalah:

  • Sesi taklimat perpustakaan

Taklimat ini telah dikendalikan oleh Puan Norfitriah Mat Seman (Pustakawan Kanan) yang memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai perpustakaan digital yang disediakan seperti Library Mobile Apps, pengenalan kepada PTA serta pengenalan mengenai kerjaya pustakawan dan lain-lain.

  • Latihan dalam kumpulan (LDK)

Latihan berkumpulan yang diketuai oleh Puan Nordelina Zulkarnain (Pustakawan Kanan), dibantu oleh Encik Mohd Hamka Hj Hamzah (Pembantu Pustakawan Kanan), beberapa orang staf PTA, pelajar latihan industri dan skim khidmat pelajar (SKP). Pelajar dibahagikan kepada 8 kumpulan dan aktiviti bagi LDK ini adalah ice breaking, visi & misi hidup bagi sesi pertama dan penghasilan video kreatif bagi sesi kedua.

Turut diselitkan juga sesi ceramah motivasi keagamaan ““Pecutan Terakhir: Berubah atau Rebah” yang telah disampaikan oleh Dr. Muhammad Firdaus Zakaria, pensyarah daripada Akademi Pengajian Islam dan Kontemporari (ACIS) UiTMCK.

Program diakhiri dengan sesi serahan simbolik buku wakaf, penyampaian hadiah dan juga cenderahati kepada pihak sekolah dan hadiah kepada semua kumpulan.

Pihak Perpustakaan Tengku Anis (PTA) mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak SMK Pangkal Meleret atas kesudian untuk bekerjasama untuk kali kedua bagi menganjurkan program ini. Pihak PTA akan terus menyokong serta bersedia untuk berkerjasama lagi bagi program serta aktiviti pada masa akan datang. Semoga ukhuwah yang dibentuk antara PTA dan sekolah akan terus berkekalan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *