MACHANG, 22 Julai 2023 – Perpustakaan Tengku Anis (PTA) UiTM Cawangan Kelantan (UiTMCK) Kampus Machang dengan kerjasama Jabatan Penjara Malaysia dan Persatuan Isteri, Anak-Anak dan Anggota Wanita Penjara Malaysia (PERSIAP) telah mengadakan Program CSR Vitamin llmu Bersama PTA: Pusat Pemulihan Akhlak Machang (PPAM) bertempat di Dewan Dato’ Hj. Zulkifli Omar bermula jam 8:30 pagi sehingga 1:00 tengah hari.

Program khidmat masyarakat ini merupakan special project pelajar latihan industri PTA sesi Mac-Julai 2023 bagi memenuhi keperluan kursus mereka. Program ini merupakan satu inisiatif Perpustakaan Tengku Anis (PTA) dalam pembudayaan ilmu dan perkongsian pengetahuan sekaligus dapat memberi maklumat perkhidmatan serta kemudahan baru perpustakaan kepada semua warga dan penghuni di PPAM khususnya dalam pencarian maklumat dengan berkesan.

Ini bagi meningkatkan lagi ketampakan PTA dalam aktiviti komuniti serta perkukuhkan lagi hubungan antara Universiti awam khususnya warga perpustakaan UiTMCK dan warga PPAM. Selain itu dapat mendedahkan seluruh warga PPAM dengan pelbagai maklumat terkini dalam galakan membaca dan sekaligus dapat menimba ilmu sepanjang tempoh tahanan.

Program bermula dengan majlis pembukaan bertempat di Dewan Dato’ Hj. Zulkifli Omar dan dimulai dengan ucapan pembukaan oleh Pengarah PPAM iaitu PKK Mohd Nasir Yusof. Perpustakaan Tengku Anis (PTA) telah menjalankan program wakaf buku untuk disumbangkan kepada PPAM yang bermula pada 2 sehingga 18 Julai 2023 dan kami telah menerima sebanyak 213 naskhah buku sumbangan daripada penyumbang. Penyerahan simbolik bagi wakaf buku telah dilakukan oleh Puan Alina Hussein, Timbalan Ketua Pustakawan PTA sejurus selepas ucapan pembukaan tersebut.

Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan bagi program ini adalah projek library make-over, aktiviti mewarna bersama anak-anak Tadika Perpaduan PPAM, demo membuat roti paung oleh Persatuan Isteri, Anak & Anggota Wanita Penjara Malaysia (PERSIAP) dan aktiviti kraftangan.

  • Projek library make-over

Projek make-over ini telah dijalankan awal daripada tarikh program berlangsung dan kerja-kerja ubahsuai ini bermula 16 Julai sehingga 20 Julai 2023. Kerja ubahsuai ini bertempat di Perpustakaan Penghuni PPAM yang dikendalikan oleh 8 orang staf lelaki PTA sahaja disebabkan oleh arahan daripada Pengarah PPAM untuk mengehadkan penglibatan staf yang terlalu ramai dan tidak melibatkan staf wanita. Projek ini bertujuan untuk menambahbaik suasana mini perpustakaan mengikut perkembangan terkini supaya penghuni tidak ketinggalan dan membaca dalam keadaan yang selesa. Antara kerja-kerja bagi projek make-over ini adalah mengemas, menyusun atur, melabel bahan-bahan di rak, menghias, mengecat dan menambah ruangan santai. PTA juga membekalkan pelbagai koleksi bahan kepada warga dan penghuni PPAM melalui program wakaf buku yang berlangsung bermula 2 sehingga 18 Julai 2023.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *