Penyampaian Hadiah dan Sijil Anugerah Peminjaman Buku Terbanyak bagi pinjaman buku tahun 2018.
Tempat Pertama : Amirah Salsabila binti Ab Rahim, Fakulti Sains Gunaan
Tempat Kedua : Faqihatul Aqilah bt Mohd Sukri, Fakulti Perakaunan Uitm Pahang
Tempat Ketiga : Nurin Aisyah binti Ahmad Omar, Fakulti Sains Gunaan

Anugerah Peminjam Buku Terbanyak adalah program yang dilaksananakan secara berterusan setiap tahun. Ini adalah untuk menggalakkan pelajar untuk meminjam dan seterusnya menambahkan ilmu melalui pembacaan.
Objektif utama anugerah adalah untuk menggalakkan budaya membaca di kalangan pelajar dan meningkatkan kehadiran pelajar ke perpustakaan. Kumpulan sasaran anugerah ini ialah pelajar kampus. Anugerah ini berjaya menarik kehadiran pelajar ke perpustakaan dan membuat pinjaman bahan.

TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA PEMENANG, SEMOGA TERUS MENJADI GALAKAN KEPADA YANG LAIN. JOM PINJAM BUKU..READ@UNI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *