Selasa, 18 Julai 2023, telah berlangsung program Live@PTAR anjuran Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Cawangan Negeri Sembilan Kampus Rembau bertajuk Biblioterapi: Healing Bersama Buku yang dipancarkan secara langsung menerusi Facebook dan YouTube PTAR Kampus Rembau. Program yang berlangsung selama dua (2) jam tersebut membicarakan tentang apa itu “biblioterapi” dan bagaimana ia boleh diterapkan sebagai salah satu usaha dalam menyembuhkan penyakit khususnya penyakit yang melibatkan psikologi dan emosi.

Program siaran langsung itu dikendalikan oleh moderator, Puan Aisyah Aqilah, pelajar latihan industri PTAR Kampus Rembau dan ditemani barisan panel-panel jemputan yang berkelayakan untuk mengupas topik tersebut termasuk Dr. Norshila Shaifuddin, Pensyarah Kanan Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik & Matematik, UiTM Kampus Puncak Perdana dan Hjh. Hasnita Hj. Ibrahim, Pengurus Maklumat, Perpustakaan Digital BERNAMA. Kedua-dua panel merupakan ahli di dalam Persatuan Biblioterapi Malaysia (PERBIMA).

Pelbagai respon positif yang diterima rata-rata dari penonton di seluruh negara yang menyaksikan program ini secara langsung secara maya. Diharap program tersebut dapat memberikan manfaat kepada para penonton dan mencapai objektif pelaksanaan program seiring dengan usaha di bawah inisiatif Read@UiTM dalam mengalakkan budaya membaca di kalangan warga UiTM khususnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *