Speed Reading Workshop@PSB #6

22 Jun 2023 – Pihak Perpustakaan Sultan Badlishah, UiTM Cawangan kedah telah melaksanakan Program Speed Reading Workshop yang dibuka kepada para pengguna perpustakaan yang berminat. Pelaksanaan Siri ke 6 ini telah berjaya dilaksanakan melibatkan 7 orang pelajar dan telah disampaikan oleh Puan Atirah Ruslan, Pustakawan Kanan selaku instruktor Program Speed Reading.

Sesi yang dijalankan selama 2 jam dimana para peserta telah diberikan pendedahan berkaitan teknik bacaan pantas dan dan peluang kepada para peserta untuk mengetahui dan mempelajari teknik bacaan pantas bagi meningkatkan keyakinan diri ketika membaca serta  menggalakkan aktiviti pembacaan kepada warga UiTM. Perkongsian dan penerangan mengenai asas tip-tip bacaan pantas telah menarik minat daripada peserta yang hadir dengan pelbagai jenis aktiviti yang menguji tahap pembacaan pantas setiap peserta.

Sesi 2: 22 Jun 2023, 2.00 Petang – 4.00 Petang (7 orang peserta)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *