22 Jun 2023 (Khamis) – Perpustakaan Sultan Badlishah (PSB), UiTM Cawangan Kedah telah menjalankan program Mobile Library di Dewan Seri Jerai, UiTM Cawangan Kedah sempena Pameran Informatif: Memperkasa Generasi Berilmu anjuran pelajar-pelajar Pengajian Sains Maklumat, KPPIM. Program telah diadakan selama 4 jam yang bermula pada 10.00 pagi dan berakhir pada jam 2.00 petang. Program ini adalah bertujuan untuk menggalakkan warga kampus membuat pinjaman bahan yang dibawa dari perpustakaan di samping memperkenalkan perkhidmatan perpustakaan.

Antara perkhidmatan yang disediakan sepanjang program berlangsung ialah perkhidmatan peminjaman dan pemulangan buku, semakan maklumat am perpustakaan, dan konsultasi perkhidmatan perpustakaan digital. Pihak perpustakaan turut menyediakan pameran bahan arkib bagi pengunjung yang berminat untuk membuat rujukan terhadap bahan-bahan tersebut.

Bagi mempromosikan perkhidmatan perpustakaan digital, para pengunjung telah diterangkan berkaitan PTAR Mobile Apps. Para pengunjung yang berjaya memuat turun aplikasi PTAR Mobile Apps telah diberi cenderahati sebagai tanda penghargaan. Pihak perpustakaan turut mendapat maklum balas yang baik berkaitan perkhidmatan ini dan berharap program seperti ini akan terus dilaksanakan pada masa akan datang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *