28 Mei 2023, Ahad – Perpustakaan Tengku Anis (PTA) UiTM Cawangan Kelantan (UiTMCK) telah menganjurkan Bengkel Sistem e-Mesyuarat yang dilakukan secara hibrid iaitu bertempat di Bilik IT, PTA dan atas talian melalui platform Cisco Webex bermula pada 8:30 pagi sehingga 4:30 petang.

Objektif bengkel ini adalah untuk meningkatkan kemahiran penggunaan sistem e-Mesyuarat dalam kalangan staf PUiTM Cawangan Kelantan dan peserta yang terlibat dan meningkatkan idea serta kreativiti staf dalam merealisasikan tugasan harian secara sistematik.

Bengkel ini dibahagikan kepada dua sesi iaitu sesi pertama mengenai pengenalan kepada sistem e-Mesyuarat dan sesi kedua adalah melibatkan pengurusan (urus mesyuarat). Penceramah jemputan bagi perkongsian sistem e-mesyuarat ialah Encik Hishamudin Bin Mohamad Twontawi, Timbalan Pendaftar Kanan UiTMCK.

Pihak PTA mengucapkan terima kasih kepada penceramah yang sudi berkongsi ilmu dan juga kepada peserta yang menyertai bengkel ini. Semoga apa yang telah dipelajari dapat mereka pratikkan dalam tugasan harian.

Pautan rakaman kursus: http://qr.library.uitm.edu.my/rakamane-mesyuarat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *