Speaker Corner @ PTAR Dengkil merupakan program anjuran PTAR Kampus Dengkil. Program ini telah dijalankan pada 19 Mei 2023 (Jumaat) secara bersemuka di ruangan LCE, Bilik Bacaan Luar, PTAR Kampus Dengkil. Program ini telah berlangsung selama 2 jam yang melibatkan penyertaan seramai 24 orang pelajar Pusat Asasi.
Objektif utama program speaker corner ini adalah sebagai salah satu inisiatif PTAR Kampus Dengkil dalam menggalakkan perkongsian maklumat dan idea secara terbuka. Selain itu, aktiviti yang dianjurkan ini bertujuan bagi melahirkan pelajar yang berkeyakinan dalam berkongsi pendapat dan idea selain menonjolkan sifat kepimpinan dalam diri para pelajar.
Tujuan Pelaksanaan Program:
- Menyemarakkan program galakan membaca dalam kalangan warga kampus di UiTM Kampus Dengkil.
- Mempertingkat kemahiran berkomunikasi dalam kalangan warga kampus di UiTM Kampus Dengkil.
- Memberi peluang kepada warga kampus di UiTM Kampus Dengkil untuk berkongsi maklumat dan idea kepada umum.
Pelaksanaan program diharapkan dapat menyokong kepada pelaksanaan program galakan membaca dengan pengisian aktiviti dan dapat membudayakan minat membaca dalam kalangan pengguna perpustakaan.