Waqaf Ilmu Series merupakan program anjuran Pejabat Jaringan Industri, Masyarakat dan Alumni dengan kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar. Program ini dijalankan sepanjang bulan Mei iaitu pada 11, 18, 25 dan 31 Mei 2023.

Objektif Program
1. Meningkatkan pengetahuan kumpulan sasar tentang cadangan penyelesaian, strategi dan tips berkaitan isu yang dikongsi.
2. Menyokong hasrat UiTM dalam mewujudkan 1 staf 1 penerbitan dengan menjalankan bengkel penulisan akademik untuk warga kampus.
3. Mewujudkan kolaborasi antara PJIM&A dengan PTAR dengan menggunakan ruang PTAR untuk sesi perkongsian dengan kumpulan sasar.

Empat siri Waqaf Ilmu ini berjaya mengumpulkan seramai 268 orang peserta dari UiTM Cawangan Perak sama ada secara fizikal mahupun atas talian.

Disediakan oleh: Muhamad Azim bin A’nsori, Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *