26 Oktober 2022 – Perpustakaan Tengku Anis (PTA) UiTMCK telah menerima kunjungan daripada Sekolah Maahad Syamsul Maarif (P) seramai 147 orang pelajar SPM dan 20 orang guru pengiring. Lawatan ini bermula pada jam 8:30 pagi sehingga 11:00 pagi bertempat di Aras satu PTA.

Lawatan ilmiah ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar mengenai program diploma yang ditawarkan di UiTM serta menambah pengetahuan pelajar mengenai beberapa program dan kursus yang ditawarkan sebagai persediaan untuk menyambung pengajian selepas tamat menduduki SPM.

Penerangan dan pendedahan mengenai syarat kemasukan serta program-program yang ditawarkan di UiTM disampaikan oleh Cik Nursyahida Zulkifli, Koordinator Kursus Pra-Diploma dan taklimat perpustakaan disampaikan oleh Puan Norfitriah Mat Seman, Pustakawan Kanan PTA Kampus Machang.

Semoga melalui lawatan ini dapat memberi pengetahuan kepada para pelajar mengenai UiTM terutamanya pendedahan kepada program-program yang ditawarkan sekaligus dapat menarik minat pelajar untuk menyambung pengajian di UiTM serta menambah pengetahuan mengenai perpustakaan terutamanya perkhidmatan yang disediakan samada dalam bentuk fizikal ataupun digital.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *