Perpustakaan UiTM telah menganjurkan Pertandingan TikTok Merdeka Challenge@PUiTM sempena bulan kemerdekaan yang lalu. Pertandingan ini dianjurkan bermula pada 1 Ogos sehingga 1 September 2022 bertemakan lokasi ikonik bersejarah di negeri masing-masing dan semua perpustakaan seluruh cawangan UiTM telah menyertai pertandingan ini.

Perpustakaan Tengku Anis (PTA) tidak melepaskan peluang dan turut sama menyertai pertandingan tersebut. Video yang telah dirakam dan siap disunting telah dimuatnaik melalui TikTok perpustakaan iaitu @ptauitmkelantan.

PTA telah berjaya memenangi hadiah saguhati bagi pertandingan tersebut dan video yang telah dimuatnaik boleh ditonton pada pautan di bawah:

Memorial Perang (Bank Kerapu) – https://vt.tiktok.com/ZSRD7qauv/
Lokasi Ikonik Bersejarah Kelantan- https://vt.tiktok.com/ZSRAWFsJm/
Masjid Kampung Laut – https://vt.tiktok.com/ZSRAavhbG/

Terima kasih kepada semua yang telah menyokong kami dan tahniah kepada pemenang yang telah memenangi pertandingan ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *