Pertandingan Seni Kreatif : E-Pantun merupakan program anjuran PTAR Kampus Dengkil. Program ini telah dijalankan pada 12 April 2023 (Rabu) melalui platform Google Form. Program ini telah berlangsung sepanjang hari  yang melibatkan penyertaan seramai 24 orang pelajar Pusat Asasi.

Objektif utama pelaksanaan pertandingan ini adalah sebagai salah satu inisiatif PTAR Kampus Dengkil dalam menyemarakkan program galakan membaca dikalangan warga kampus di UiTM Kampus Dengkil. Selain itu, aktiviti yang dianjurkan ini bertujuan bagi menerapkan budaya Malaysia membaca seterusnya melahirkan generasi suka membaca pada generasi yang akan datang. Program ini juga dianjurkan bertujuan bagi menyahut seruan Kempen Galakan Membaca di kalangan warga UiTM. Program ini adalah Program Read@UiTM di bawah siri Pertandingan Seni Kreatif.

Tujuan Pelaksanaan Program:

  1. Menyemarakkan program galakan membaca dan program seni kreatif dalam kalangan warga kampus di UiTM Kampus Dengkil
  2. Mempertingkat kemahiran berpantun dengan menggunakan bahasa dan intonasi yang bersesuaian.
  3. Meningkatkan penghayatan terhadap kehalusan budaya melayu melalui seni kreatif.

Pelaksanaan program diharapkan dapat menyokong kepada pelaksanaan program galakan membaca dengan pengisian aktiviti dan dapat membudayakan minat membaca dalam kalangan pengguna perpustakaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *