Mobile Library merupakan program anjuran PTAR Kampus Dengkil. Program ini telah dijalankan pada 17 April 2023 (Isnin) bertempat di Bangunan Pentadbiran, UiTM Kampus Dengkil. Program ini telah berlangsung selama 2 jam dimana antars perkhidmatan yang ditawarkan seperti pinjaman bahan perpustakaan, pemulangan bahan perpustakaan, dan perkhidmatan konsultasi pengguna.

Objektif utama pelaksanaan Mobile Library ini adalah sebagai salah satu inisiatif PTAR Kampus Dengkil dalam menyemarakkan program galakan membaca dikalangan warga kampus di UiTM Kampus Dengkil. Selain itu, aktiviti yang dianjurkan ini bertujuan bagi menerapkan budaya Malaysia membaca seterusnya melahirkan generasi suka membaca pada generasi yang akan datang. Program ini juga dianjurkan bertujuan bagi menyahut seruan Kempen Galakan Membaca di kalangan warga UiTM. Program ini adalah Program Read@UiTM di bawah siri Pertandingan Seni Kreatif.

Program ini memberi impak kepada seluruh warga kampus terutamanya dalam :

  1. Memupuk jalinan harmoni antara PTAR dan seluruh warga Asasi Kampus Dengkil melalui program yang dianjurkan.
  2. Memberikan makluman terkini berkenaan perkhidmatan yang ditawarkan di PTAR Kampus Dengkil.
  3. Mempromosikan Perkhidmatan Perpustakaan digital PTAR termasuk perkhidmatan dan kemudahan disediakan PTAR.

Pelaksanaan program diharapkan dapat menyokong kepada pelaksanaan program galakan membaca dengan pengisian aktiviti dan dapat membudayakan minat membaca dalam kalangan pengguna perpustakaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *