1. Sukacita dimaklumkan bahawa Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam akan menganjurkan Kelas Penulisan Artikel Bukan Fiksyen dan Media Sosial pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh : 12 April 2023 (Rabu)

Masa : 09.00 pagi – 04.30 petang

Tempat : Bilik Seminar, PTAR UiTM Shah Alam

Objektif penganjuran latihan adalah untuk:

Mendedahkan kaedah dan kemahiran penulisan yang berkualiti kepada staf yang terlibat dengan perkhidmatan pelanggan dan yang mengendalikan media sosial.
Mencapai inisiatif Strategi 7 Read@UiTM iaitu Pemantapan Aktiviti Pembacaan dan Penulisan.
Meningkatkan ketampakan (visibility) Perpustakaan Tun Abdul Razak dari usaha-usaha pembudayaan ilmu untuk warga Universiti.

Sehubungan itu, tuan / puan adalah dijemput untuk menghadiri program ini dan kehadiran adalah DIWAJIBKAN. Bersama-sama ini disertakan senarai nama peserta yang terlibat dan tentatif program untuk makluman dan rujukan.

Kerjasama dan perhatian tuan / puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

β€œMALAYSIA MADANI”

β€œBERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *