Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Kampus puncak Alam telah mengadakan Program Bertemu Pelanggan – PTAR Bersama Pelajar MDS sempena Minggu Destini Siswa di Dewan Berlian Kampus Puncak Alam pada 2 – 7 Oktober 2022 bermula jam 9.00 pagi sehingga jam 4.30 petang. Seramai 2,829 orang pelajar baru telah hadir ke booth PTAR bagi memeriahkan program.

Program telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Profesor Dr. Ahmad Sazali Hamzah, Rektor UiTM Cawangan Selangor pada 5 Oktober 2022. Majlis perasmian turut dihadiri oleh Tn. Ts Mohamad Hamidi Mohd Jais, Ketua Timbalan Pustakawan dan Pengurusan Eksekutif UiTM Cawangan Selangor.

Antara objektif program ini adalah :

i. Mempromosikan kemudahan dan perkhidmatan PTAR kepada pelajar

ii. Mempromosikan Perkhidmatan Digital PTAR kepada pelajar UiTM Cawangan Selangor

iii. Mempromosikan Mobile Apps PTAR

Pihak perpustakaan menerima maklumbalas yang sangat positif daripada para peserta. Semoga program-program sebegini dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *