Program Bertemu Pelanggan – PTAR Bersama Hari Bertemu Pelanggan HEP
Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Kampus puncak Alam telah mengadakan Program Bertemu Pelanggan – PTAR Bersama Hari Bertemu Pelanggan HEP di Dewan Serbaguna Kampus Puncak Alam pada 18 – 19 Oktober 2022 bermula jam 9.00 pagi sehingga jam 4.30 petang. Seramai 1,718 orang pelajar dan kakitangan telah hadir ke booth PTAR bagi memeriahkan program ini.
Program telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Profesor Dr. Ahmad Sazali Hamzah, Rektor UiTM Cawangan Selangor pada 18 Oktober 2022. Majlis perasmian turut dihadiri oleh Tn. Ts Mohamad Hamidi Mohd Jais, Ketua Timbalan Pustakawan, Profesor Madya Dr Badrul Isa, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar, Madya Sr. Dr. Rosmadi Ghazali, Timbalan Rektor iCARE, Bahagian Hubungan Industri, Komuniti, Alumni & Keusahawanan (iCARE) dan Pengurusan Eksekutif UiTM Cawangan Selangor.
Antara objektif program ini adalah :
i. Mempromosikan kemudahan dan perkhidmatan PTAR kepada pelajar
ii. Mempromosikan Perkhidmatan Digital PTAR kepada pelajar UiTM Cawangan Selangor
iii. Mempromosikan Mobile Apps PTAR
iv. Mempromosikan Program Jom Pinjam Buku PTAR KPA
Pihak perpustakaan menerima maklumbalas yang sangat positif daripada para peserta. Semoga program-program sebegini dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang.