Pada 5 Julai 2022, PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang (UiTMCPP) Kampus Permatang Pauh telah mengadakan Program BOOK2U@Laman Perdana. Program ini diadakan bertujuan untuk mendekati pengguna dengan aktiviti-aktiviti santai yang menguji minda sepanjang sehari program berlangsung.
Antara aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut adalah pertandingan “Word Swatter”, “Card Tower Challenge”, “Shelve It!” dan juga pinjaman buku-buku perpustakaan. Selain daripada bertemu dengan pengguna perpustakaan, program ini juga diadakan untuk mempromosikan koleksi bahan perpustakaan seterusnya menarik minat mereka untuk mengunjungi perpustakaan dan menggunakan perkhidmatan yang disediakan.
Semoga program seumpama ini dapat meningkatkan penyertaan warga kampus dalam aktiviti-aktiviti galakan membaca anjuran perpustakaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *