PROGRAM LIBRARIAN ON DUTY & BOOKS2U

Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Kampus puncak Alam telah mengadakan Program Librarian On Duty dan Books2U di Bangunan Fakulti Farmasi pada 5 Julai 2022 (Selasa) bermula jam 10.00 pagi sehingga jam 4.00 petang. Seramai 150 orang pelajar dan kakitangan telah hadir bagi memeriahkan program ini.

Objektif program ini adalah :

i.            Membantu para pelajar Fakulti Farmasi untuk meningkatkan pengetahuan tentang kaedah pencarian bahan rujukan dengan lebih efisien.

ii.             Mempromosikan peminjaman dan perkhidmatan yang disediakan di perpustakaan kepada para warga Fakulti Farmasi.

iii.            Menjalinkan hubungan yang baik antara warga Fakulti Farmasi dan perpustakaan.

Antara perkhidmatan yang disediakan :

i. Konsultasi pinjaman bahan & keahlian perpustakaan.

ii. Konsultasi perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan.

iii. Konsultasi komponen perpustakaan digital.

Bagi menarik lebih ramai peserta menyertai program ini, pihak PTAR KPA telah menyediakan aktiviti-aktiviti indoor game sepanjang program berlansung. Hadiah misteri kepada peminjam buku juga disediakan.

Pihak perpustakaan menerima maklumbalas yang sangat positif daripada para peserta. Semoga program-program sebegini dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *