Pada 29 Mac 2022, Satu Program Read@UiTM ODL HELPER telah dilaksanakan di PTAR Kampus Puncak Perdana oleh Puan Hafiza Mustape, Pustakawan Kanan, PTAR Kampus Puncak Alam. Program tersebut telah berlangsung selama satu jam bermula pada jam 4.00 petang hingga jam 5.00 petang. Program yang diadakan setiap semester ini dianjurkan dengan usahasama Persatuan Sakreteriat Mahasiswa Fakulti Pengurusan Maklumat melalui platform webex. Seramai 155 orang pelajar baharu telah menyertai sesi taklimat ini.

Tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk memberi pengenalan perpustakaan berkenaan dengan waktu operasi, peraturan perpustakaan, koleksi perpustakaan, perkhidmatan yang disediakan, dan lain-lain maklumat berkaitan perkhidmatan digital perpustakaan yang disediakan oleh PTAR. Di samping itu, taklimat ini diadakan adalah bertujuan untuk mempromosikan PTAR di kalangan para pelajar baharu agar mereka dapat menggunakan semua kemudahan yang disediakan di PTAR dalam mencari bahan pembelajaran dan penyelidikan dengan sebaiknya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *