MY FIRST STEP@PTAR

Program Read@UiTM My First Step@PTAR bersama pelajar Sekolah Kebangsaan Puncak Alam telah dilaksanakan di Perpustakaan UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam pada 24 Mac 2022 sempena dengan perasmian Program CSR UiTM Cawangan Selangor iaitu Program Pengurusan Organisasi Pengawas Pusat Sumber dan Kem Jawi Dihatiku.

Program yang dilaksanakan secara bersemuka ini telah disertai oleh 20 orang pelajar tahun 4, 5, dan 6 yang terdiri daripada Pengawas Pusat Sumber Sekolah. Turut serta 5 orang guru pengiring dan juga Guru Besar En. Norhamidi Mohd Ansor.

Program yang dijalankan selama satu jam ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar sekolah berkenaan penggunaan OPAC sebagai salah satu kaedah pencarian bahan di perpustakaan. Pelajar juga turut diterangkan mengenai penyusunan bahan-bahan di perpustakaan selain turut diberi peluang untuk meneroka kemudahan-kemudahan lain yang ada di perpustakaan.

Pihak perpustakaan menerima maklumbalas yang sangat positif daripada pelajar dan juga guru sekolah. Diharap program ini dapat menanam minat dikalangan pelajar untuk menyambung pelajaran ke UiTM. Semoga program-program sebegini dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *