Program        : Bicara Santai Sukan

Tarikh             : 21Januari 2020

Lokasi             : PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang, Kampus Permatang Pauh

Bertempat di aras bawah, PTAR Kampus Permatang Pauh UiTM Cawangan Pulau Pinang, telah diadakan satu program Bicara Santai Sukan yang dianjurkan dengan kerjasama Persatuan Sukan dan Kebajikan Kakitangan (PSKK) dan PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang. Ianya bertujuan untuk penyampaian ilmu dan perkongsian pengalaman mengenai hal berkaitan sukan secara amnya, fisioterapi serta motivasi kepada atlet-atlet UiTM Cawangan Pulau Pinang sempena Karvinal Sukan Staf (Karista) 2020 di UiTM Cawangan Sarawak.

Program ini telah menampilkan 2 ahli panel iaitu Tuan Haji Bahman Jamaluddin, Pensyarah Fisioterapi, Fakulti Sains Kesihatan daripada UiTM Kampus Bertam serta Encik Abdul Gaffar Hoosen yang merupakan bekas pemain bola sepak Pulau Pinang yang kini menjadi jurulatih futsal Pulau Pinang. Kedua-dua ahli panel telah berkongsi mengenai ilmu, pengalaman dan juga kepakaran dalam bidang masing-masing kepada 50 orang audiens yang telah hadir.

Pautan Foto Aktiviti:

Bicara Santai Sukan anjuran bersama Persatuan Sukan dan Kebajikan Kakitangan UiTM dan PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang

Posted by PTAR Kampus Permatang Pauh on Selasa, 21 Januari 2020

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *