Program : Program Read@UNI: “Speed Reading Techniques
Tarikh : 30 Januari 2020
Lokasi : PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang, Kampus Permatang Pauh
Program Read@UNI: “Speed Reading Techniques ini telah dilaksanakan pada 30 Januari 2020. Program yang disertai oleh 24 orang staf PTAR UiTM Kampus Permatang Pauh dan Kampus Bertam ini telah disampaikan oleh Cik Nor Azilawati Mohamad Azmi, Pustakawan Kanan di PTAR UiTM Kampus Permatang Pauh.
Bengkel ini diadakan untuk memperkenalkan teknik bacaan pantas kepada semua peserta supaya ianya dapat diaplikasikan dan digunapakai oleh peserta dalam usaha menggalakkan mereka membaca. Selain daripada itu, peserta turut didedahkan dengan kaedah-kaedah bacaan pantas dan juga dibekalkan dengan pelbagai jenis latihan untuk memperkasakan bacaan pantas masing-masing.
Objektif:
- Memberi peluang kepada peserta untuk mempelajari teknik bacaan pantas.
- Meningkatkan keyakinan diri ketika membaca serta memupuk minat membaca.
- Menggalakkan pembacaan dalam kalangan peserta serta membina kompetensi pembacaan.
- Mengesan kelajuan atau kepantasan bacaan peserta mengikut kadar perkataan per minit.