Sempena Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia (World Book and Copyright Day), aktiviti Jom 10 minit telah berjaya dilaksanakan oleh warga PTDI, UiTM Cawangan Johor walaupun sedang menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). PKP bukanlah penghalang kepada semua warga UiTM Cawangan Johor untuk turut serta dalam aktiviti Jom Baca 10 Minit yang dijalankan secara serentak pada 23 April 2020, jam 11.00 pagi. Dapat dilihat keunikan jom baca 10 minit pada tahun 2020 ini apabila aktiviti dilaksanakan di rumah masing-masing bersama ahli keluarga. Turut tidak ketinggalan adalah sokongan Jawatankuasa Eksekutif Negeri dalam menyertai Jom Baca 10 Minit. Pihak Perpustakaan mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada semua yang telah menjayakan Jom Baca 10 Minit. Semoga aktviti ini menjadi amalan dan budaya sepanjang hayat kearah menyemarakkan Dekad Membaca Kebangsaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *