Live @PTAR Melaka : Ramadan Bersama Palestin

Program : Live @PTAR Melaka : Ramadan Bersama Palestin
Tarikh : 19 Mei 2020
Platform : Google Meets

RAMADAN di Palestin kali ini lebih getir kerana bukan sahaja berhadapan dengan rejim zionis malah diancam wabak pandemik Covid-19,” kata Pengerusi Aman Palestin Melaka, Muhammad Zulfikar

Muhammad Zulfikar berkata demikian ketika program ‘Ramadan Bersama Palestin’ secara dalam talian anjuran Perpustakaan Tun Abd Razak (PTAR) Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Melaka hari ini.
Menurutnya, perkongsian selama hampir dua jam itu memberi penjelesan berhubung situasi semasa di penghujung Ramadan di Palestin.

“Susulan pandemik wabak Covid-19 menjadikan situasi bertambah sukar untuk dilalui selain kekurangan makanan dan perubatan.
“Malah ada kediaman mereka diroboh dan rakyat mereka terus menderita terutama warga emas dan kanak kanak. Namun mereka melalui dengan tenang walaupun berdepan pelbagai ancaman keselamatan dan nyawa. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kita lalui sudah dilalui mereka sejak dahulu lagi.


Muhammad Zulfikar berkata, dia gembira program berkenaan turut disertai kakitangan UiTM Johor dan Pahang yang berkongsi maklumat keperluan hidup warga Palestin.

Sementara itu , Timbalan Ketua Pustakawan PTAR UiTM Melaka, Noor Hayati Abu Kassim berkata perkongsian berkaitan perkembangan semasa masyarakat Palestin dijadikan sebagai pengajaran dan pendidikan yang boleh dijadikan panduan .

Beliau berkata, lebih 30 peserta termasuk PTAR Kampus Jasin dan Kampus Bandaraya berkesempatan mengikuti program ini samada yang berada di rumah atau di pejabat.

Read more:

http://www.hmetro.com.my/node/580408

Pengerusi Aman Palestin Melaka, Muhammad Zulfikar
Timbalan Ketua Pustakawan PTAR UiTM Melaka, Noor Hayati Abu Kassim
http://www.hmetro.com.my/node/580408

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *