Program : Pameran Novel Coronavirus
Tarikh : 3 – 29 Februari 2020
Lokasi : Perpustakaan Tun Abdul Razak Aras 12, UiTM Cawangan Melaka, Kampus Bandaraya

Pada 3-29 Februari 2020 Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya telah mengadakan Pameran Novel Coronavirus. Pameran ini diadakan bagi mengambil langkah proaktif dengan mengadakan pameran kesihatan berkaitan pencegahan penyakit Novel Coronavirus di UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya. Pameran ini adalah bertujuan untuk memberikan pendidikan kesihatan dan meningkatkan kesedaran semua pelajar dan kakitangan UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya mengenai jangkitan penyakit Novel Coronavirus dan langkah -langkah pencegahan Novel Coronavirus turut dipamerkan. Pameran ini diadakan selama sebulan sepanjang bulan Februari 2020.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *