MY FIRST LIBRARY BOOK@ UiTMCT BERSAMA PELAJAR INTERIM JANUARI 2020

Tarikh : 4 Feb 2020 – 17 Feb 2020
Jumlah: 200 Pelajar

Program Read@Uni Book Review bersama pelajar Interim sesi Januari 2020 telah diadakan sebagai selingan bagi Modul Information Literacy Skills (ILS). Bertemakan My First Library Book@UiTMCT, pelajar yang dipilih secara rawak adalah dikehendaki untuk mengupas buku yang dipinjam dari perpustakaan untuk dikongsikan kepada rakan-rakan dalam kelas. Aktiviti ini diadakan di setiap dua puluh tiga sesi pengajaran Modul ILS melibatkan hampir 200 orang pelajar UiTMCT. Di samping memupuk semangat membaca, secara tidak langsung para pelajar yang terlibat dapat mempelajari kaedah pencarian buku menggunakan sistem perpustakaan serta membuat pinjaman bahan.

Oleh: Asmahani Abdullah, Pustakawan Kanan      

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *