Program Santai Bicara Ilmu adalah satu program yang dianjurkan oleh Pihak PTA dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama Unit Latihan Bahagian Pentadbiran UiTM Cawangan Kelantan. Program ini merupakan usaha bersepadu melibatkan koloborasi PTA dengan bahagian dalaman UiTM Cawangan Kelantan bagi merancakkan aktiviti Galakan Membaca di kalangan warga UiTM Cawangan Kelantan Kampus Machang.

Objektif program ini adalah:

I. Menyokong dasar Read@Uni Kementerian Pengajian Tinggi
II. Menyokong Amanat Naib Canselor – Inisiatif ke 3 Kecemerlangan UiTM –Merancakkan Budaya Membaca
III. Memperkasakan budaya membaca dan perkongsian ilmu di kalangan warga UiTM Cawangan Kelantan terutama golongan mahasiswa pentadbir dan pensyarah
IV. Meningkatkan ilmu dan pengetahuan tentang topik yang dibincangkan melalui perkongsian daripada penceramah, tokoh ilmuwan, personaliti dan selebriti

V. Menyokong usaha kerajaan menuju Negara Membaca pada tahun 2030

Program Santai Bicara Ilmu menjemput Saudara Abu Talib Hussin – personaliti Televisyen yang pengalaman luas dalam bidang penyiaran, pemasaran, keusahawanan serta pengucapan awam telah dijalankan pada 12 Oktober dan 13 Oktober 2019

Selain sesi Bual Bicara, Sesi Bedah Buku dan Sesi Motivasi bersama Pemimpin pelajar, pihak PTA juga turut mengadakan Mini Pameran Buku dan Kuiz Santai Read@ Uni.

Alhamdulillah, para peserta rata-rata berpuas hati dengan cara penyampaian Saudara Abu Talib yang santai, ceria dan mudah mesra. Sambutan daripada para pelajar dan staf amat menggalakkan dan pelbagai soalan telah ditanyakan oleh pihak peserta semasa sesi Motivasi dan Program Santai Bual Bicara. Antara input menarik yang telah dikongsikan sepanjang sesi bersama beliau antaranya seperti mengenali personaliti manusia melalui karektor burung, rahsia untuk hidup Berjaya dan cemerlang serta kisah hidup beliau sebelum bergelar seorang personality tv / motivator dan “business coach”.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *