TARIKH : 12 OKTOBER 2019
MASA : 9.00 -10.30 MALAM
LOKASI : AU300
VIP : DR SHAHSUZAN ZAKARIA (TRHEP ) , PN NORDELINA ZULKARNAIN (PENGARAH PROJEK ) , PENSYARAH KANAN FAKULTI PENGURUSAN PERNIAGAAN
KUMPULAN SASARAN : Dihadiri oleh Majlis Tertinggi dan Exco daripada 56 Persatuan Akademik / Non Akademik di bawah HEP
satu program yang dianjurkan oleh Pihak PTA dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama Unit Latihan Bahagian Pentadbiran UiTM Cawangan Kelantan. Program ini merupakan usaha bersepadu melibatkan koloborasi PTA dengan bahagian dalaman UiTM Cawangan Kelantan bagi merancakkan aktiviti Galakan Membaca di kalangan warga UiTM Cawangan Kelantan Kampus Machang.
Objektif program ini adalah:
I. Menyokong dasar Read@Uni Kementerian Pengajian Tinggi
II. Menyokong Amanat Naib Canselor – Inisiatif ke 3 Kecemerlangan UiTM –Merancakkan Budaya Membaca
III. Memperkasakan budaya membaca dan perkongsian ilmu di kalangan warga UiTM Cawangan Kelantan terutama golongan mahasiswa pentadbir dan pensyarah
IV. Meningkatkan ilmu dan pengetahuan tentang topik yang dibincangkan melalui perkongsian daripada penceramah, tokoh ilmuwan, personaliti dan selebriti
V. Menyokong usaha kerajaan menuju Negara Membaca pada tahun 2030