Tarikh: 11 September 2019

Masa: 8.00 – 11.00 malam

Tempat: Dewan Seri Semarak, UiTM Cawangan Perlis

Sempena bulan kemerdekaan ke-62 dan sambutan Hari Malaysia, Perpustakaan Dato’ Jaafar Hassan (PDJH) dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) telah menganjurkan program Bicara Santai Kemerdekaan: Sayangi Malaysiaku, Malaysia Bersih dengan objektif perkongsian pengalaman oleh mereka yang hidup pada zaman pra-kemerdekaan dan ketika pembentukan Negara Malaysia pada tahun 1963. Dua tokoh dari Persatuan Sejarah Malaysia, Cawangan Kedah telah dijemput khas sebagai panel iaitu:

  1. YBhg Dato’ Shaarani bin Hj Hasan (DSDK, AMK, BKM, JP), Pengerusi Biro Tugas-Tugas Khas dan Restorasi
  2. YBrs Tn Hj Mansor bin Hj Din (AMK, KMN, AMN, BCK, PPP), Pengerusi Biro Syarahan, Seminar dan Forum

YBhg Dato’ Shaarani bin Hj Hasan merupakan guru pada zaman pra-kemerdekaan dan kemudiannya bertugas sebagai pensyarah di Universiti Malaya. Antara pelajar beliau yang terkenal adalah Allahyarham Sudirman Haji Arshad dan beberapa tokoh perundangan di tanah air. Manakala, YBrs Tn Hj Mansor bin Hj Din merupakan bekas Timbalan Pesuruhjaya ( ACP ) PDRM, Ketua Cawangan Khas, Bahagian Kubang Pasu. Moderator bagi Bicara Santai ini ialah YBrs Sr Dr Ismail bin Ma’arof, Felo bersekutu, Kursi Institusi Raja-Raja Melayu (KIRRM).

Program Bicara Santai ini bermula dengan nyanyian lagu Kebangsaan dan Wawasan Setia UiTM. Program ini dimeriahkan lagi dengan persembahan pelajar UiTM Perlis iaitu sketsa dan deklamasi sajak. Di samping perkongsian berharga ini, pelajar juga diberi peluang untuk bertanyakan soalan kepada ahli panel. Kehadiran ahli Jawatankuasa Eksekutif, UiTM Perlis turut memeriahkan suasana Bicara Santai. Hadiah bagi pemenang Sayembara Puisi bagi kategori staf dan pelajar telah disampaikan oleh Timbalan Ketua Pustakawan, En. Mohd Fahizan Hamid seterusnya penyampaian cenderamata kepada ahli-ahli panel. Program ditamatkan dengan nyanyian lagu patriotik yang dipopularkan oleh Allahyarham Sudirman Haji Arshad iaitu “Warisan” oleh seramai hampir 1,300 orang pelajar.

“…merdeka itu bukanlah suatu bendayang mudah boleh didapat, melainkan ialah dikehendaki untuk mendapatkannya itu iaitu pengorbanan yang sebenar pengorbanan. Dengan kerananya kita terpaksa mengorbankan, bukan sahaja wang ringgit dan usaha tenaga bahkan jiwa kita sendiri juga…” – Tunku Abdul Rahman

“with knowledge we lead”

#kitauitm #uitmknowledgeenhancement #ReadUni #malaysiamembaca #uitmmembaca #uitmperlismembaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *