Karnival Kemerdekaan 2019

Tarikh: 11 – 12 September 2019

Masa: 9.00 pagi – 4.00 petang

Tempat: Perpustakaan Dato’ Jaafar Hassan

Program Karnival Kemerdekaan 2019 dianjurkan oleh Perpustakaan Dato’ Jaafar Hassan (PDJH) dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) sempena sambutan bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia 2019. Program ini disambut meriah di Perpustakaan Dato’ Jaafar Hassan (PDJH) dengan pelbagai aktiviti bagi memenuhi objektif berikut:

  1. Menyemai semangat patriotik dan menanam sikap kecintaan kepada negara di kalangan warga UiTM Perlis
  2. Melahirkan warga UiTM Perlis yang mempunyai jatidiri yang tinggi dan unngul
  3. Memberi pendedahan terhadap jasa dan sumbangan tokoh-tokoh terdahulu dalam mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara
  4. Meningkatkan ilmu pengetahuan berkaitan sejarah kemerdekaan dan pembentukan negara Malaysia

Program ini telah berhasil menarik bukan sahaja pelajar malah staf untuk hadir ke Perpustakaan bagi menyertai aktiviti-aktiviti yang telah disediakan. Aktiviti dan pertandingan yang telah dijalankan sepanjang Karnival Kemerdekaan adalah seperti berikut:

Pertandingan:

  1. Hiasan Booth Merdeka
  2. Lukisan Kreatif Kemerdekaan
  3. Reka Logo Hari Malaysia
  4. Susun Puzzle Malaysia Merdeka
  5. Kuiz Kemerdekaan
  6. Sayembara Puisi / Nyanyian Lagu Patriotik (Kategori Staf dan Pelajar)

Aktiviti:

  1. Pameran Kemerdekaan
  2. Pameran Buku
  3. Tayangan Filem Kemerdekaan

Acara kemuncak bagi Karnival Kemerdekaan adalah pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik yang berlangsung pada hari terakhir iaitu 12 September 2019.  

” We must each always think first of Malaysia, of the national need and least of ourselves …Everyone must try to help and see that the people are one-minded, with loyalty and one aim, to make Malaysia – the land we love – a happy abode for all of us. If we all do this then we can guarantee liberty, security, prosperity and happiness for the future.” – Tunku Abdul Rahman

“with knowledge we lead” #kitauitm #uitmknowledgeenhancement #ReadUni #malaysiamembaca #uitmmembaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *