Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility
Alt Text

UiTM Penang
ISLAMIC HERITAGE FESTIVAL 1.0

Islamic Heritage Festival 1.0 2026 merupakan festival menarik yang mengetengahkan keindahan warisan Islam dari sudut ilmu, budaya dan gaya hidup. Program ini bertujuan memperkenalkan keunikan tamadun Islam kepada warga kampus dan komuniti dalam suasana yang santai, interaktif dan penuh informasi.

Melalui kerjasama antara PTAR dan ACIS, festival ini menjadi platform terbaik untuk menghayati khazanah Islam serta menyemai nilai ilmu dan budaya pembelajaran dalam kalangan masyarakat.

Pelbagai aktiviti menarik menanti pengunjung seperti pameran tamadun Islam, ceramah dan forum ilmiah, pertandingan Islamik, serta jualan produk dan makanan sunnah. Ayuh sertai kami untuk merasai pengalaman pembelajaran santai sambil menghayati keindahan warisan Islam!

📢 Jom meriahkan Islamic Heritage Festival 2026!

✨Menelusuri warisan, memperkasa ilmu ✨

Aturcara Majlis

📍 Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Cawangan Pulau Pinang, Kampus Permatang Pauh

UiTM PenangIslamic Heritage Festival

Pelbagai aktiviti menarik disediakan:

📺 Pengkisahan Orang Melayu Meredah Lautan ke Tanah Suci
🎁 Sumbang kepada bakal-bakal Haji dari UiTM Pulau Pinang
🎙️ Podcast Kembara Baitullah: Jejak Dhuyufurrahman
🎤 Sembang Santai bersama Ustaz Don Daniyal
🕋 Simulasi Haji interaktif
📹 Live streaming khas dari Madinah
📚 Perkongsian ilmu Syariah & Zakat
🛵 Cabutan bertuah
ℹ️ Reruai pameran & Gerai jualan