Pengenalan
Program Talaqqi Kerohanian
Program Talaqqi Kerohanian merupakan inisiatif Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), Universiti Teknologi MARA (UiTM) dengan kerjasama Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) UiTM sebagai sebuah program bersiri yang bertujuan memperkukuh penghayatan ilmu, nilai kerohanian dan pembentukan sahsiah dalam kalangan warga universiti.
Melalui penganjuran siri talaqqi yang menampilkan tokoh-tokoh akademik dan ilmuwan, program ini menyediakan wadah perkongsian ilmu berteraskan al-Quran, al-Sunnah dan nilai-nilai Islam yang menyeluruh. Selain memperkaya kefahaman agama, program ini turut menyokong usaha universiti dalam membudayakan pembelajaran sepanjang hayat serta melahirkan warga yang seimbang dari aspek intelektual, rohani dan akhlak.
Program Talaqqi Kerohanian diharapkan menjadi platform yang berterusan dalam menyemarakkan budaya ilmu dan memperkukuh penghayatan nilai-nilai murni selaras dengan aspirasi UiTM untuk melahirkan graduan dan warga universiti yang berilmu, berakhlak dan berintegriti.














