Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Knowledge Sharing

Program Talaqqi Kerohanian Siri 14: Pengajian Al-Quran Dan Asas Tajwid - Tahsin Surah Al-Fatihah

31 Julai 2026 | Shah Alam

Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), Universiti Teknologi MARA (UiTM), dengan sukacitanya menjemput seluruh warga UiTM dan masyarakat untuk mengikuti Program Talaqqi Kerohanian Siri 14 yang akan disiarkan secara langsung menerusi platform YouTube dan Facebook Perpustakaan UiTM.

Program kali ini menampilkan pengajian bertajuk "Pengajian Al-Quran dan Asas Tajwid: Tahsin Surah Al-Fatihah", yang akan disampaikan oleh Dr. Muhammad Syafee Salihin bin Hasan, Pensyarah Kanan, Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), UiTM.

Program ini bertujuan membantu peserta memperbaiki bacaan Surah Al-Fatihah mengikut kaedah tajwid yang betul, memperkukuh kefahaman terhadap hukum-hakam asas tajwid serta menghayati kepentingan bacaan yang tepat dalam ibadah seharian. Inisiatif ini juga selaras dengan aspirasi PTAR dalam membudayakan ilmu, memperkasakan pembelajaran sepanjang hayat dan menyemarakkan penghayatan al-Quran dalam kalangan warga universiti.

Maklumat Program
📖 Tajuk
Pengajian Al-Quran dan Asas Tajwid: Tahsin Surah Al-Fatihah

🎙️ Penceramah
Dr. Muhammad Syafee Salihin bin Hasan
Pensyarah Kanan
Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), UiTM

📅 Tarikh
31 Julai 2026 (Jumaat)

🕤 Masa
9.30 pagi