Wednesday, 02 Jamadilakhir 1446
Wednesday, 04 December 2024

School Activities

Visits | Workshop | Programme

Pengenalan

Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), Universiti Teknologi MARA (UiTM), dengan bangganya memperkenalkan Program Khidmat Komuniti bersama pelajar sekolah di Negeri Selangor, sebuah inisiatif yang bertujuan untuk memindahkan dan berkongsi ilmu di kalangan pelajar sekolah. Program ini merupakan satu langkah proaktif perpustakaan dalam memupuk minat terhadap ilmu pengetahuan serta menggalakkan budaya membaca sejak usia muda.

Melalui pelbagai aktiviti interaktif dan informatif yang dirancang, program ini membuka peluang kepada pelajar untuk meneroka dunia ilmu dengan cara yang lebih menarik dan menyeronokkan. Ia diadakan sama ada di sekolah-sekolah terpilih di sekitar kampus atau diadakan secara langsung di Perpustakaan UiTM sendiri, bergantung kepada keperluan dan permintaan pihak sekolah.

Program Khidmat Komuniti ini bertujuan memperkayakan pengalaman pembelajaran pelajar melalui aktiviti pembelajaran berpusatkan pelajar yang dapat merangsang kreativiti dan kritikal berfikir. Selain itu, ia juga berperanan sebagai medium untuk mempromosikan sumber-sumber perpustakaan dan memperkenalkan teknologi serta aplikasi terkini yang boleh dimanfaatkan untuk tujuan pendidikan.

Aktiviti yang dijalankan termasuk bengkel bacaan, pertandingan kuiz, sesi penceritaan, dan lawatan berpandu di perpustakaan, yang disusun untuk menyokong usaha pembudayaan ilmu dalam kalangan pelajar. Program ini bukan sahaja memberi manfaat kepada pelajar dalam aspek akademik, tetapi turut membantu membina sahsiah dan kemahiran insaniah mereka.

Dengan pelaksanaan Program Khidmat Komuniti ini, PTAR berharap untuk memperluaskan akses kepada ilmu dan meningkatkan literasi membaca di kalangan pelajar sekolah, sejajar dengan usaha UiTM untuk terus menjadi pusat kecemerlangan pendidikan yang menyumbang kepada komuniti.

Program ini juga mencerminkan komitmen UiTM dalam membangunkan modal insan yang berpengetahuan dan bersedia menghadapi cabaran masa depan. Diharapkan, inisiatif ini akan terus memberi impak positif kepada komuniti setempat dan menyemarakkan semangat cintakan ilmu di kalangan generasi muda.

Activities

Objektif Program

Pembudayaan Ilmu

Mempelbagaikan aktiviti pembudayaan ilmu di sekolah

Button

Pembudayaan Ilmu

Pembudayaan Ilmu

Mempelbagaikan aktiviti pembudayaan ilmu di sekolah

UiTM Library Activities with School Community

  • All
  • Events
  • Library Events
  • Melaka
  • News
  • School
  • Sekolah
  • Shah Alam
  • Default
  • Title
  • Date
  • Random
load more hold SHIFT key to load all load all