Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Library News

Sekitar Bengkel Pengurusan Pusat Sumber Bersama Jawatankuasa Unit Pusat Sumber Kolej Vokasiaonal (KV) & Sekolah Menengah Teknik Zon Johor

Pasir Gudang, 23 Jun – Perpustakaan Tun Dr. Ismail, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang telah menjadi tuan rumah kepada program Bengkel Pengurusan Pusat Sumber bersama Jawatankuasa Unit Pusat Sumber Kolej Vokasional (KV) & Sekolah Menengah Teknik Zon Johor yang berlangsung hari ini dari jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang.

Program ini merupakan hasil jalinan kerjasama erat antara Jawatankuasa Unit Pusat Sumber KV dan Sekolah Menengah Teknik Zon Johor bersama PTDI UiTM Cawangan Johor. Bengkel ini bertujuan meningkatkan kefahaman dan kecekapan dalam pengurusan pusat sumber serta memperkukuh jaringan kerjasama antara institusi pendidikan tinggi dan sekolah teknik serta vokasional di negeri Johor.
 
Program ini menghimpunkan barisan penceramah profesional dan berpengalaman daripada Perpustakaan Tun Dr. Ismail (PTDI), UiTM Cawangan Johor yang berkongsi ilmu serta pengalaman dalam pelbagai aspek pengurusan pusat sumber. Antara penceramah yang terlibat ialah:
- Puan Mawar Noor Abdullah, Timbalan Ketua Pustakawan, PTDI UiTM Cawangan Johor – “Takbir Urus Pusat Maklumat”
- Encik Ahmad Akmal Mohd Idris, Pustakawan Kanan – “Dialog Dua Dunia: Saya dan ChatGPT”
- Encik Muhammad Ismail Fahmi, Pensyarah Kanan Fakulti Pengurusan Maklumat – “Mentransformasi Pusat Sumber”
- Puan Noredayu Rosli, Pustakawan Kanan – “Memperkasakan Perkhidmatan Pelanggan dan Koleksi Perpustakaan”
- Puan Siti Rozana Mat Sanat, Timbalan Ketua Pustakawan (KUP) – “Pengkatalogan Bahan Perpustakaan”
- Encik Idris Muhammad, Timbalan Ketua Pustakawan (KUP) – “Literasi Maklumat”
- Cik Nor Azelea Mohd Azahar, Pustakawan Kanan – “Lawatan Berpandu PTDI”
 
Program ini turut menampilkan sesi lawatan berpandu ke sekitar Perpustakaan Tun Dr. Ismail sebagai salah satu usaha untuk memperlihatkan pengurusan koleksi dan perkhidmatan pelanggan secara langsung kepada para peserta.
 
Objektif utama bengkel ini adalah untuk meningkatkan tahap kecekapan dan profesionalisme jawatankuasa pusat sumber dalam mengurus serta membangunkan pusat sumber yang efektif, selari dengan perkembangan teknologi dan keperluan pendidikan semasa.
 
 
 
Tags: ,

Please publish modules in offcanvas position.