Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Library News

Lawatan Pengawas Sekolah SK Merpati Jepang Ke PTAR UiTM Cawangan Sarawak

Lawatan Pengawas Sekolah SK Merpati Jepang Ke PTAR UiTM Cawangan Sarawak

19 JUN 2025 | 22 ZULHIJJAH 1446H (KHAMIS)
LAWATAN PENGAWAS SEKOLAH SK MERPATI JEPANG KE PTAR UiTM CAWANGAN SARAWAK
Sukacita dimaklumkan bahawa PTAR UiTM Cawangan Sarawak telah menerima kunjungan daripada kumpulan pengawas sekolah dari Sekolah Kebangsaan Merpati Jepang dalam satu lawatan sambil belajar yang penuh dengan ilmu dan inspirasi pada 18 Jun 2025 yang lalu (Rabu).
Seramai 23 orang murid serta 3 guru pengiring telah disambut mesra oleh En. Khairil Bahrom (Pustakawan) dan Puan Khairunniqmah (Pustakawan) dan warga PTAR. Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai peranan perpustakaan akademik dalam menyokong pembelajaran dan penyelidikan di peringkat pengajian tinggi.
Antara pengisian menarik semasa lawatan termasuklah:
📖 Taklimat pengenalan kepada PTAR
🔍 Lawatan berpandu ke pelbagai zon perpustakaan
📚 Aktiviti literasi maklumat asas dan interaktif
📸 Sesi bergambar kenangan
PTAR UiTM Cawangan Sarawak amat berbesar hati menerima kunjungan ini dan berharap ia menjadi pemangkin semangat kepada para pelajar untuk terus mencintai ilmu dan menjadikan perpustakaan sebagai rakan pembelajaran sepanjang hayat.
Tags:

Please publish modules in offcanvas position.