Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Library News

Congress Of Southeast Asian Librarians General Conference And Meeting (Consal XIX)

Congress Of Southeast Asian Librarians General Conference And Meeting (Consal XIX)

19 JUN 2025 |22 ZULHIJJAH 1446H (KHAMIS)
19TH CONGRESS OF SOUTHEAST ASIAN LIBRARIANS GENERAL CONFERENCE AND MEETING (CONSAL XIX)
Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Cawangan Sarawak telah menghantar wakil iaitu En. Abang Mohd Farizan (Pustakawan Kanan) ke 19th Congress of Southeast Asian Librarians General Conference and Meeting (CONSAL XIX) yang telah berlangsung pada 16 hingga 18 Jun 2025 yang lalu.
Bertemakan “Libraries as Catalysts in the Digital Future”, persidangan berprestij ini menghimpunkan para pustakawan, pengamal maklumat dan pemimpin perpustakaan dari seluruh ASEAN untuk berkongsi strategi, cabaran dan inovasi dalam landskap digital masa kini.
📌 Objektif utama penyertaan PTAR UiTM Cawangan Sarawak:
🔹 Mengukuhkan jaringan profesional serantau
🔹 Membentang inisiatif perpustakaan digital Malaysia
🔹 Menimba ilmu dan amalan terbaik (best practices)
perpustakaan global
The Congress of Southeast Asian Librarians (CONSAL) ialah satu-satunya organisasi perpustakaan serantau di Asia Tenggara yang menggabungkan pelbagai institusi perpustakaan, pustakawan profesional, dan pengamal maklumat dari negara-negara ASEAN. Persidangan ini diadakan setiap tiga tahun dan menjadi platform penting untuk pertukaran pengetahuan, rangkaian profesional, dan kolaborasi serantau.
Tags:

Please publish modules in offcanvas position.