Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Library News

Lawatan Timbalan Naib Canselor (HEP) UiTM

Lawatan Timbalan Naib Canselor (HEP) UiTM

LAWATAN TIMBALAN NAIB CANSELOR (HEP) UiTM
 
Pihak PTAR UiTM Cawangan Sarawak Kampus Mukah amat berbesar hati menerima kunjungan daripada Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UiTM, Prof. Dr. Haji Mohd Sazili Shahibi. Lawatan beliau telah diiringi oleh Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Sarawak, Prof. Madya Dr. Saimi Bujang, Penolong Rektor Kampus Mukah, Dr. Abdul Jabbar Abdullah bersama beberapa orang pensyarah serta Penolong Pendaftar Kampus Mukah. Disamping itu, beliau juga melawat sekitar PTAR untuk melihat koleksi bahan bacaan yang terdapat di PTAR Kampus Mukah.
 
Antara objektif lawatan ini adalah untuk memperkenalkan Galeri Pusat Penyelidikan Melanau kepada pihak TNCHEP. Lawatan ini juga adalah sebagai medium bertukar pandangan mengenai sejarah Melanau dan juga sejarah pemerintahan Tanah Melayu dan Borneo era penjajahan kuasa luar. Tambahan lagi, lawatan ini adalah untuk melihat bahan rujukan yang disediakan oleh pihak PTAR kepada para pelajar dan juga berbagi pandangan mengenai pendigitalan bahan rujukan yang ada di perpustakaan supaya dapat diakses secara digital oleh para pelajar.
 
Tarikh: 19 Jun 2025 | 22 Zulhijjah 1446H (Khamis)
Masa: 9.30 pagi
Tempat: PTAR UiTM Cawangan Sarawak Kampus Mukah
Tags:

Please publish modules in offcanvas position.