Library News

Ekspo Pameran Bahasa dan Kiosk Jualan Pelajar Sempena Festival Bahasa 2025

SEREMBAN, 18 Jun 2025 – Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Negeri Sembilan telah mengadakan Ekspo Pameran Bahasa Dan Kiosk Jualan Pelajar Sempena Festival Bahasa 2025 yang dianjurkan oleh Akademi Pengajian Bahasa UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Seremban dengan kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Seremban yang diadakan di Perkarangan Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Kampus Seremban.

Pelbagai aktiviti yang diadakan seperti Pertandingan Ejaan Bahasa Arab, Mandarin Passport Challenge, Kiosk Jualan Pelajar, Kiosk APB Charity Sale dan banyak lagi.

Program webinar dalam talian seperti Arabic Written Test: Teknik Menjawab Yang Sahih dan  Tastes of Culture: Sharing Food and Learning Mandarin juga turut diadakan.

Tags: